| |
diasaskan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ahmad
bin Idris di awal kurun 19
(1835). Kemudian ia diperlengkapkan oleh pengasas keduanya Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid (1872) dan pengasas ketiganya
iaitu Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi (1907).
Dari tarikh kemunculan tuan guru di atas, maka
jelaslah bahawa Tariqah Ahmadiah merupakan tariqah yang baru usianya.
Namun begitu, ia adalah di antara tariqah yang
mempunyai bilangan pengikut yang ramai di seluruh dunia.

Ada beberapa keistimewaan Tariqah Ahmadiah
yang menyebabkan ia mendapat sambutan dan ramai pengikut, di antaranya ialah :
- Tariqah Ahmadiah diasaskan oleh 3 orang wali yang
mencapai darjat Qutb yang telah bertemu dengan Rasulullah
secara suri dan menerima sendiri ajaran tariqah ini dari
Baginda .
- Ia mempunyai tiga wirid yang besar dan banyak
kelebihannya, iaitu Tahlil Khusus, Selawat Azamiah, Istighfar Kabir.
- Tidak ada syarat-syarat tertentu yang agak berat
dilaksanakan untuk menjadi ahli tariqah ini, seperti berkhalwat atau berpuasa, atau mengetahui fardhu
'ain dan 'aqaidul iman. Memadailah dengan Islam dan beriman sahaja.
- Orang yang beramal dengan Tariqah Ahmadiah ini
terselamat dari gangguan syaitan ketika berada dalam sakaratul maut.
(Petikan dari kitab Faraidul
Maatsaral Marwiah karangan oleh al-Marhum Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa'id ,
selesai dikarang pada tahun 1935 Masihi setelah mendapati betapa besarnya minat masyarakat Islam
Negeri Sembilan ketika itu terhadap Tariqah Ahmadiah. Kemuncaknya ialah apabila khalifah Tariqah
Ahmadiah ketika itu al-Marhum Tuan Shaykh Abdullah bin Shaykh Al Hajj Muhammad Sa’id
(Khalifah kedua yang menyusuli kepimpinan Tariqah Ahmadiah setelah wafat bapanya Tuan Shaykh Muhammad
Sa’id . Beliau pula telah wafat pada tahun 1957 masihi), dipanggil ke istana oleh al-Marhum Tengku
Besar Burhanuddin untuk memberi penerangan mengenai kebenaran perjalanan Tariqah Ahmadiah.
Pengarang adalah anak kepada pembawa
tariqah ini ke Asia Tenggara yang juga khalifahnya yang pertama di rantau ini iaitu Tuan Shaykh
Muhammad Sa'id bin Jamaluddin - wafat 1926)
__________________________________________________________________
Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Walau bagaimanapun, anda dilarang daripada menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, melainkan dengan keizinan kami.
|