Languages : English / Malay

Rakaman Video Majlis Selawat
boleh terdapat di sini.
Siri 1 | Siri 2 | Siri 9

Majlis Pengajian Bahasa Arab
di PERGAS, Wisma Indah
sudah bermula.
Video rakaman pengajian ini terdapat di sini.

Artikel-artikel Baru
boleh didapati di sini.

Aurad
Kami telah melancarkan bahagian 'Aurad' dalam lelaman web ini. Sila rujuk di sini.

Tuntutilah Ilmu

Video Rencana
Ustaz Mohd Hasbi
Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr mengikut panduan
Imam Al-Ghazali radhiAllahu 'anhu


Rajah Makam MAsyaikh
Penjelasan Amalan Menziarahi Kubur
&
Rajah Makam Masyaikh di Seremban

Ustaz Mohd Hasbi
Perjanjian Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam kepada wali Allah Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu


December 2018
M T W T F S S
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Singgahan
Tetamu Unik
sejak 1 hb Mei 2008

diusahakan oleh:
say1899

 





Mengenai sambutan Hol

Surat yang dikirimkan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid radhiAllahu 'anhu kepada muridnya Shaykh Ismail al-Bilyah ada mengandungi beberapa penerangan mengenai persoalan amalan Tariqat Ahmadiah [1].

Antaranya adalah satu kupasan yang padat mengenai sambutan Hol. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid radhiAllahu 'anhu telah menulis :

“… majlis hol ini merupakan amalan yang dikerjakan oleh penduduk Hijaz [2]. Sedangkan setiap manusia yang mengadakan majlis ini adalah untuk memberikan sedekah kepada orang yang telah mati selepas setahun demi setahun kematiannya. Majlis ini tidak diadakan melainkan kerana kasihnya seseorang kepadanya dan kami pula, tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu[3].

Kelebihan bagi orang yang mengadakan majlis hol ini dan orang-orang yang datang membantu dan penyebab terjadinya majlis ini, di sisi Allah tidak terkira pahalanya. Kelebihannya juga tidak boleh dimuatkan di dalam kitab-kitab, tidak boleh tejangkau oleh akal melainkan dengan keimanan kepada Allah.

Orang yang mengadakan majlis hol ini pula, pada sisi Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu, seolah-olah telah berbudi kepadanya. Ahlullah adalah orang yang mempunyai maruah dan kemuliaan yang tinggi. Mereka akan membalas kebaikan kepada orang-orang yag melakukan kebaikan kepada mereka dengan berlipat kali ganda mengikut maqam kedudukan mereka.

Sesiapa yang melakukan suatu sunnah yang baik, maka diberikan balasan baginya dan balasan bagi orang-orang yang beramal dengannya hingga hari Kiamat ...”

Memperingati kewafatan adalah sesuatu perkara yang Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam sendiri telah melaksanakan. Baginda telah menziarahi perkuburan isteri, bapa saudaranya dan ibubapanya secara rutin. Imam Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam menziarahi perkuburan syuhada Uhud tiap-tiap tahun secara rutin – “ ‘ala ra’si kulli hawl”. Juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi radhiAllahu 'anhu bahawa Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap hari Jumaat, diampunkan baginya dan dia dicatat sebagai anak yang berbakti. - (Man zaara qabra abawayhi aw ahadihima fi kulli Jumu`ah, ghufira lahu wa kutiba barran) [4]. Maka tidak diduga bahawa Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam sendiri adalah yang paling layak sebagai anak yang paling berbakti. Juga, al-Bazzar meriwayatkan bahawa Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam menziarahi Jannat al-Ma’la di Mekkah di mana terletaknya perkuburan Saiyidatina Khatijah dan Baginda telah ungkapkan : “Ni’ma al-maqbarah Hadhihi”.

Imam Ja’afar as-Sodiq radhiAllahu 'anhu meriwayatkan daripada sanadnya daripada al-Hassan bin ‘Ali radhiAllahu 'anhu bahawa Saiyidatina Fatimah (anak Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam) sering menziarahi kubur bapa saudaranya Saiyidina Hamza bin ‘Abd al-Mutalib radhiAllahu 'anhu pada setiap hari Juma’at, di mana beliau telah menandakan kuburnya dengan sebuah batu supaya dapat dikenalinya, dan di sana beliau berdoa dan menangis [5].

Menurut Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Ja’afari radhiAllahu 'anhu, hol adalah sesuatu ibadat yang berkaitan dengan sedekah-sedekah yang dihadiahkan kepada orang yang telah mati. Dan mengikut segolongan besar ulama, sedekah sebegini sampai kepada orang mati pada bila-bila masa.

Saiyyiduna Sa’ad radhiAllahu 'anhu telah sedekahkan kebunnya dengan maksud menghadiahkan pahalanya kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Maka Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam telah memperakui perbuatannya itu dan menyuruh Sa’ad radhiAllahu 'anhu bersedekah air untuk dihadiahkan pahalanya kepada ibunya [6]. Perkara ini telah disyarahkan oleh Shaykh Habibullah al-Syanqiti radhiAllahu 'anhu di dalam kitabnya Zad al Muslim.

Imam Muslim radhiAllahu 'anhu meriwayatkan sebuah hadis tatkala Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam ditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda bersabda : “ Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.” [7]. Al-Qurtubi radhiAllahu 'anhu mengatakan : “Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Qur’an sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam ketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.”

Ibn Qayyim radhiAllahu 'anhu (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepada si mati beserta dalilnya)[8] mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…”

Shaykh Ibn Taimiyyah radhiAllahu 'anhu mengatakan [9] : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…” Ibnu Taimiyah radhiAllahu 'anhu pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau,“ Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya”

Mengenai ungkapan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid radhiAllahu 'anhu,
“… tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris …”,

Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Ja’afari radhiAllahu 'anhu menerangkan bahawa ini adalah perkataan yang baik dan benar. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid radhiAllahu 'anhu tidak keseorangan di dalam perkara ini, kerana ia turut diperkatakan oleh Sayyid Uthman al-Mirghani radhiAllahu 'anhu, Sayyid Muhammad ibn Ali al-Sanusi radhiAllahu 'anhu, Shaykh Muhammad ibn Sulaiman al-Ahdal radhiAllahu 'anhu(Mufti Zabid, Yaman) dan diperkatakan juga oleh orang-orang yang pernah mengambil tariqah daripada Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dan orang yang pernah mengambil wiridnya hingga hari ini.








__________________________________________

[1] Dirumuskan daripada manaqib Sayyid Ibrahim Al Rashid karangan Shaykh Muhammad Fuad bin Kamaludin, cetakan kedua 2004, ABNAK Productions.

[2] Penduduk Hijaz menyambut ulang tahun kewafatan seseorang dengan bersedekah. Pahala sedekah tersebut dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Manakala di Mesir pula, mereka menyambut hari ulang tahun kelahiran seseorang wali (bukan ulang tahun kewafatannya), namun tujuannya adalah sama.

[3] Sebenarnya ungkapan itu bermaknanya : Tidak ada yang lebih kami kasihi selepas Allah, Rasulullah dan ahli baitnya serta sahabat-sahabatnya daripada Sayyid Ahmad ibn Idris.

[4] Al-Bayhaqi also narrated in Shu`ab al-Imaan (6:201 #7901)

[5] Narrated by al-Hakim (1990 ed. 1:533, 3:30) who declared its chain sound, al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra (4:78), and Ibn `Abd al-Barr in al-Tamhid (3:234). `Abd al-Razzaq in his Musannaf (3:572) sebagai riwayat munqati’ di mana Ja’afar bin Muhammad daripada bapanya tanpa menyebut al-Hassan

[6] Hadith ini terdapat di dalam kitab al Muwatta’, Sahih Bukhari dan lain-lain lagi.

[7] Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1

[8] Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159

[9] Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324


__________________________________________________________________
Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Anda juga dibenarkan menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, dengan syarat diikuti dengan rujukan kembali kepada alamat lelaman http://www.ahmadiah-idrisiah.com yang boleh ditekan.