Languages : English / Malay

Rakaman Video Majlis Selawat
boleh terdapat di sini.
Siri 1 | Siri 2 | Siri 9

Majlis Pengajian Bahasa Arab
di PERGAS, Wisma Indah
sudah bermula.
Video rakaman pengajian ini terdapat di sini.

Artikel-artikel Baru
boleh didapati di sini.

Aurad
Kami telah melancarkan bahagian 'Aurad' dalam lelaman web ini. Sila rujuk di sini.

Tuntutilah Ilmu

Video Rencana
Ustaz Mohd Hasbi
Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr mengikut panduan
Imam Al-Ghazali radhiAllahu 'anhu


Rajah Makam MAsyaikh
Penjelasan Amalan Menziarahi Kubur
&
Rajah Makam Masyaikh di Seremban

Ustaz Mohd Hasbi
Perjanjian Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam kepada wali Allah Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu


September 2024
M T W T F S S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

Singgahan
Tetamu Unik
sejak 1 hb Mei 2008

diusahakan oleh:
say1899

 

 

Perihal Berzikir Dengan Keras/Kuat

Surah Al ‘Araf ayat 205

 

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

 

Ertinya :          “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”

 

Penjelasan :     Sebab tersilap faham ayat tersebut, seseorang akan tertanya-tanya : Bolehkah kita berdzikir dan berdoa dengan memekik ataupun meninggikan suara sedangkan ayat tersebut melarang kita berbuat demikian?

 

Oleh yang demikian untuk menjelaskan ayat yang tersebut di atas kenalah mengetahui dan memahami sebab turunnya dan kaitannya dengan ayat sebelumnya.

 

Ayat sebelumnya adalah ayat 204 Surah al-‘Araf iaitu ayat

 

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

 

Ertinya, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

 

Imam An-Naisabury radhiAllahu 'anhu di dalam kitabnya [1] berkata :

 

عن أبي هريرة في هذه الآية: {وَإِذَا قُرِىءَ ٱلْقُرْآنُ} قال:
نزلت في رفع الأصوات وهم خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم، في الصلاة.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhusebab turun ayat yang tersebut adalah katanya, “Turun ayat ini pada mengangkat suara sedang mereka (sahabat) di belakang Rasulullah (saw) di dalam sembahyang.”

وقال قتادة: كانوا يتكلمون في صلاتهم في أول ما فُرِضت، كان الرجل يجيء فيقول لصاحبه: كم صليتم؟ فيقول كذا وكذا. فأنزل الله تعالى هذه الآية.

Berkata Qatadah radhiAllahu 'anhu pula “Adalah mereka (sahabat) pada ketika itu bercakap-cakap di dalam sembahyang mereka di awal-awal sembahyang itu difardhukan. Adalah pada ketika itu seorang lelaki datang maka ía berkata kepada sahabatnya “Sudah berapa kamu sembahyang, maka kata (sahabatnya) begini dan begitu, maka Allah Ta‘ala menurunkan ayat ini.

وقال الزُّهْرِي: نزلت في فتى من الأنصار كان رسول الله عليه السلام كلما قرأ شيئاً قرأ هو، فنزلت هذه الآية

Berkata pula al-Zuhri radhiAllahu 'anhu, “Turunnya (ayat ini) pada seorang pemuda dari kaum al-Ansar. Pada ketika itu bilamana Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam membaca sesuatu dari al-Qur‘an maka pemuda itu turut membacanya maka turunlah ayat ini”.

 

وقال ابن عباس: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ في الصلاة المكتوبة، وقرأ أصحابه وراءه رافعين أصواتهم، فخلطوا عليه. فنزلت هذه الآية.

Berkata pula lbnu al ‘Abbas radhiAllahu 'anhu, “Bahawasanya Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam membaca di dalam sembahyang fardhu dan para sahabat membaca di belakang Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam dengan meninggikan suara maka bercampur baurlah suara-suara mereka, maka turunlah ayat ini.”

وقال سعيد بن جبير ومجاهد وعطاء وعمرو بن دينار وجماعة: نزلت في الإنْصَات لإمام في الخطبة يوم الجمعة.

Menurut Sa’id bin Jubair radhiAllahu 'anhu, dan Mujahid radhiAllahu 'anhu dan ‘Atha radhiAllahu 'anhu dan ‘Amr bin Dinar radhiAllahu 'anhu dan sekumpulan ulama, menyatakan turun ayat ini pada perintah diam bila imam berkhutbah pada hari Jumaat.

 

Dengan penjelasan tersebut dapatlah kita fahami maksud ayat 205 rnemerintahkan agar, ingatlah Tuhan di dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut dan bukan dengan suara keras, asal maksud perintah tersebut adalah ketika di dalam sembahyang berjamaah agar tidak nengganggu jamaah yang lain lebih-lebih lagi kepada imam.

 

Namun mengenai berzikir dengan suara yang keras para ulama menjelaskan, harus berzikir dengan suara yang kuat, keras dan harus memekik tetapi dalam keadaan pekikan yang hendaklah dikawal sehingga tidak memudharatkan diri.

 

Di antara ulama yang mengharuskan jahr (menguatkan atau mengeraskan suara sekalipun di dalam masjid) adalah al-Imam Jalaluddin as-Sayuthi radhiAllahu 'anhu. Beliau menyatakan di dalam kitab [2] beliau seperti berikut:

 

Seseorang bertanya kepada beliau, “Sudan terbiasa para ulama sufi mengadakan majlis dzikir dan menguatkan suara di masjid-masjid dan mengangkat suara dengan tahlil, adakah itu makruh atau tidak?”

 

Beliau (Imam Sayuthi radhiAllahu 'anhu) menjawab, “Sesungguhnya tidak makruh pada yang demikian. Terdapat hadis yang banyak menyatakan galakan/sunat menguatkan suara dengan dzikir. Terdapat juga hadis-hadis mengalakkan/mensunatkan memperlahankan berdzikir dan terdapat juga hadis-hadis yang mengalakkan/mensunatkan himpunan kedua-duanya sekali menguat dan memperlahankan berdzikir. Dan itu adalah berlain-lainan dengan berlain-lainannya hak dan keadaan dan orang-orang yang berkenaan.”

 

 

 

[1] Al-Naisabury radhiAllahu 'anhu, Asbab al-Nuzul ‘Alam al-Kutub, Beirut, hlm. 171-172

 

[2] As-Sayuthi radhiAllahu 'anhu, al-Hawi li al-Fatawa jilid pertama cetakan Dar al-Fikr hlm. 389-390

 

 

__________________________________________________________________
Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Anda juga dibenarkan menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, dengan syarat diikuti dengan rujukan kembali kepada alamat lelaman http://www.ahmadiah-idrisiah.com yang boleh ditekan.