Languages : English / Malay

Rakaman Video Majlis Selawat
boleh terdapat di sini.
Siri 1 | Siri 2 | Siri 9

Majlis Pengajian Bahasa Arab
di PERGAS, Wisma Indah
sudah bermula.
Video rakaman pengajian ini terdapat di sini.

Artikel-artikel Baru
boleh didapati di sini.

Aurad
Kami telah melancarkan bahagian 'Aurad' dalam lelaman web ini. Sila rujuk di sini.

Tuntutilah Ilmu

Video Rencana
Ustaz Mohd Hasbi
Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr mengikut panduan
Imam Al-Ghazali radhiAllahu 'anhu


Rajah Makam MAsyaikh
Penjelasan Amalan Menziarahi Kubur
&
Rajah Makam Masyaikh di Seremban

Ustaz Mohd Hasbi
Perjanjian Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam kepada wali Allah Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu


September 2017
M T W T F S S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1
2 3 4 5 6 7 8

Singgahan
Tetamu Unik
sejak 1 hb Mei 2008

diusahakan oleh:
say1899

 


Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi – (1813-1874) radhiAllahu 'anhu

Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu telah dilahirkan di kawasan Dandara, Sa’id yang terletak di Mesir.

Beliau adalah antara murid-murid Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid radhiAllahu 'anhu. Selain menerima ijazah Tariqah Ahmadiah daripada guru sufinya iatu Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu, beliau juga mewarisi segala akhlak, ilmu dan rahsia-rahsia gurunya itu. [1] Beliau juga mempunyai keazaman yang tinggi iaitu ingin menyebarkan ajaran Tariqah Ahmadiah tidak hanya di sekitar tanah Arab sahaja malah meliputi daerah daerah yang lebih jauh seperti India, Benua Afrika dan Asia Tenggara.

Sebagaimana pengasas Tariqah Ahmadiah yang lain, Tuan Shaykh Sayyid Muhammad radhiAllahu 'anhu juga adalah orang yang mendapat penghormatan berhimpun secara perhimpunan suri dengan Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam [2]. Beliau telah mendapat beberapa amalan dzikir yang tiada dapat oleh kedua orang gurunya itu. Di antara amalan-amalan tambahan ini adalah mentalqinkan orang yang hendak masuk Tariqah Ahmadiah dengan lafaz “La ilaha ilallahu wallahu akbar” sebanyak 4 kali. [3] Lafaz ini thabit kelebihannya di dalam hadith yang sahih.

Maka dengan itu, tambahlah nisbah tariqah ini dengan nama at-Tariqah al-Ahmadiah ar-Rashidiah al-Dandarawiah mengikut nama pengasas tariqah Al-Qutb Ar-Rais Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dan kedua guru Qutb yang menyusulinya. Dengan Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Dandarawi radhiAllahu 'anhu, tamat-lah kepimpinan asas Tariqah Ahmadiah. Allah yang Maha Benar telah meletakkan tariqah ini di tempat yang tinggi dengan dalil yang teguh di mana boleh dilihat dari segala sudut.

Tidak ada guru yang mursyid bagi orang yang beramal dan mengikut Tariqah Ahmadiah selain daripada Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu walaupun ia sudah wafat. Hal ini sebagaimana telah disebutkan oleh beliau sendiri, “Aku gurumu semasa aku hidup dan mati.” Ini bererti walaupun sudah wafat, namun pertalian di antara guru yang sudah wafat dengan murid-murid yang masih hidup tetap ada.[4]

Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu telah meninggal dunia di al-Madinah al-Munawwarah pada tanggal 29 Muharram tahun 1909 Masihi (1327 H). [5]








____________________________________

[1] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu, 1354H/1935M. Majmuk, al-Ahmadiyah Press, Singapura, (Jawi), ms 72 dan 75

[2] Pauzi Haji Awang, Tariqah Ahmadiyyah History and Development, 2001, cetakan Persatuan Ulama Malaysia, dalam bahasa Inggeris ms 53

[3] Hamdan Hassan, Tarekat Ahmadiyah Di Malaysia Suatu Analisis Secara Ilmiah, (1990) cetakan Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 43

[4] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu. Faraid al-Ma’thir al-Marwiyah li al Tariqah al-Ahmadiyah al-Rasyidiyah al-Dandarawiyah, dalam tulisan Jawi pada ms 41

[5] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhuSetengah daripada Manaqib, (Seremban: Sungai Ujung Press, 1854), ms 81


__________________________________________________________________
Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Anda juga dibenarkan menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, dengan syarat diikuti dengan rujukan kembali kepada alamat lelaman http://www.ahmadiah-idrisiah.com yang boleh ditekan.