Languages : English / Malay

Rakaman Video Majlis Selawat
boleh terdapat di sini.
Siri 1 | Siri 2 | Siri 9

Majlis Pengajian Bahasa Arab
di PERGAS, Wisma Indah
sudah bermula.
Video rakaman pengajian ini terdapat di sini.

Artikel-artikel Baru
boleh didapati di sini.

Aurad
Kami telah melancarkan bahagian 'Aurad' dalam lelaman web ini. Sila rujuk di sini.

Tuntutilah Ilmu

Video Rencana
Ustaz Mohd Hasbi
Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr mengikut panduan
Imam Al-Ghazali radhiAllahu 'anhu


Rajah Makam MAsyaikh
Penjelasan Amalan Menziarahi Kubur
&
Rajah Makam Masyaikh di Seremban

Ustaz Mohd Hasbi
Perjanjian Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam kepada wali Allah Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu


June 2026
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12

Singgahan
Tetamu Unik
sejak 1 hb Mei 2008

diusahakan oleh:
say1899

 


Majlis Isra' Mikraj

Assalamu'alaikum Wr Wb

Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Selawat dan Salam keatas junjungan kami Sayyidina Muhammad serta ibubapa Baginda, ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Dengan Segala hormatnya, pihak kami daripada Jemaah Ikhwan Tariqah Ahmadiah Idrisiah Singapura yang berpusat di Masjid Kassim menjemput kehadiran tuan-tuan menghadiri acara sambutan Majlis Isra' Mikraj pada 3 Ogos 2008 (Ahad) bersempenaan 1hb Syaaban 1429 H.

Majlis akan bermula pada jam 10am di dewan sholat Masjid Kassim dengan ketibaan para tetamu dan hadirin. Akan dimulakan majlis dengan dendangan alunan qasidah-qasidah oleh sekumpulan para ikhwan Ahmadiah Idrisiah yang akan diikuti pula dengan bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an.

Kemudiannya, akan dilanjutkan dengan Forum agama yang akan dibentangkan oleh
  • Ust Hj Ali bin Hj Mohamed
    Wakil Talqin Tariqah Naqshabadiah Qadariah selaku juga Imam/Pengerusi Masjid Khadijah)
  • Habib Syed Hassan bin Muhammad Al Attas
    Pemimpin Majlis Ratib Attas (Tariqah Al Alawiyyin) selaku juga Imam/Pengerusi Masjid Ba'alawi
  • Ust Mohamad Hasbi bin Hassan
    Wakil khalifah Tariqah Ahmadiah Idrisiah selaku juga Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura - PERGAS
Topik forum adalah Isra' Mikraj dari Perspektif Kesufian.
 
Ahli Panelis akan mengupas ayat 1 pada Surah Al Isra' dan beberapa isu penting. Juga akan diadakan sesi Soal-Jawab di mana para hadirin akan berpeluang bertanya ahli panelis soalan-soalan berkaitan dengan topic forum.

InsyaAllah setelah Sholat Zuhur, akan dijamukan makanan Nasi Briyani DAM

Kehadiran Tuan-tuan sangat dialu-alukan. Kami mendahului dengan ucapan terima kasih Jazakallahu khairan katsiran.

*******************************

Pengenalan lanjut mengenai Tariqah Ahmadiah Idrisiah dengan para panelis
 
  • Habib Hassan bin Muhammad  merupakan cicit kepada Al Arifbillah Al Allaamah Habib Ahmad bin Hassan Al Attas radhiAllahu 'anhu daripada nasab silsila keturunan sebelah ayahanda beliau. 

    Al Habib Ahmad bin Hassan al-Attas radhiAllahu 'anhu berasal daripada Hadralmawt (Yaman) di mana Yaman itu sendiri adalah antara negeri di mana berpusatnya gerakan Tariqah Ahmadiah Idrisiah. Beliau adalah salah seorang para habaib Alawiyyin yang telah mewarisi dan turut menyampaikan beberapa amalan Tariqah Ahmadiah Idrisiah seperti Selawat Azimiah kepada segenap kaum muslimin. Beliau telah menerima ijazah Selawat Azimiah daripada gurunya (Shaykh al Fath) Habib Abu Bakar bin Abdullah al Attas radhiAllahu 'anhu yang telah menerimanya lansung daripada Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani radhiAllahu 'anhu (pengasas Tariqah Ahmadiah Idrisiah). Banyak koramah dan peristiwa kelebihan Selawat Azimiah telah diriwayatkan oleh Habib Ahmad bin Hassan radhiAllahu 'anhu dan juga syarahnya sebagaimana beliau diilhamkan
    (Sila rujuk Sekilas tentang Habib Ahmad bin Hasan al-'Atthos, cetakan Putera Riyadi).
  • Ust Hj Ali bin Hj Mohamed merupakan pengamal Tariqah Qadariyah Naqshabandiyah yang dipimpin oleh Shaykh KH A. Shohibul Wafa Tajul Arifin radhiAllahu 'anhu (Abah Anom). Tariqah ini dipelopori oleh Shaykh Ahmad Khatib Sambas radhiAllahu 'anhu (1803 - 1872H). Shaykh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad bin Jalaluddin As Sambasi radhiAllahu 'anhu ini merupakan antara Ulama Mekkah yang terbilang di zamannya. Beliau telah mengabungkan Tariqah Qadariyah dan Tariqah Naqshabandiyah sebagai satu tariqah yang baru. Maka bertemulah silsila penerimaan Tariqah ini dengan Sayyid Abdul Qadir al-Jilani radhiAllahu 'anhu dan Shaykh Baha Uddin an-Naqshabandi radhiAllahu 'anhu.

    Begitu serupa, sebelum Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu mengasaskan Tariqah Ahmadiah Idrisiah atas penalkinan beliau bersama Rasulullah radhiAllahu 'anhu, Sidi Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu adalah pengamal Tariqah Qadariyah dan juga Tariqah Naqshabandiyah. Silsila beliau kepada Sayyid Abdul Qadir al-Jilani radhiAllahu 'anhu adalah melalui urutan berikut :
    Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu --> -->  --> Shaykh Ahmad bin Munabbih radhiAllahu 'anhu --> Shaykh Abu Madyan  radhiAllahu 'anhu --> Sayyid Abdul Qadir al-Jilani radhiAllahu 'anhu
    Juga, beliau telah mewarisi Tariqah Naqshabandiyah dan beramal dengannya.
    (Sila rujuk Knut S. Vikor, Sufi and Scholar, hal. 120.)


 

__________________________________________________________________
Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Anda juga dibenarkan menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, dengan syarat diikuti dengan rujukan kembali kepada alamat lelaman http://www.ahmadiah-idrisiah.com yang boleh ditekan.