Languages : English / Malay

Rakaman Video Majlis Selawat
boleh terdapat di sini.
Siri 1 | Siri 2 | Siri 9

Majlis Pengajian Bahasa Arab
di PERGAS, Wisma Indah
sudah bermula.
Video rakaman pengajian ini terdapat di sini.

Artikel-artikel Baru
boleh didapati di sini.

Aurad
Kami telah melancarkan bahagian 'Aurad' dalam lelaman web ini. Sila rujuk di sini.

Tuntutilah Ilmu

Video Rencana
Ustaz Mohd Hasbi
Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr mengikut panduan
Imam Al-Ghazali radhiAllahu 'anhu


Rajah Makam MAsyaikh
Penjelasan Amalan Menziarahi Kubur
&
Rajah Makam Masyaikh di Seremban

Ustaz Mohd Hasbi
Perjanjian Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam kepada wali Allah Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu


December 2025
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11

Singgahan
Tetamu Unik
sejak 1 hb Mei 2008

diusahakan oleh:
say1899

 




Tuan Shaykh Soleh Al-Ja'afari –(1910-1979) radhiAllahu 'anhu

Shaykh Soleh al-Jaafari

Sebuah tariqah yang bercabang daripada Al-Tariqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah ialah Al-Tariqah Al-Ja'fariah, yang telah diasaskan (yakni nama tariqah ini telah dinisbahkan) kepada Tuan Shaykh Soleh Al-Ja'fari radhiAllahu 'anhu, seorang wali Allah keturunan Al-Imam Ja'far Al-Sodiq radhiAllahu 'anhu, yang sangat terkenal di kalangan para pencinta Ahlul-Bait. Tuan Shaykh Soleh Al-Ja'fari radhiAllahu 'anhu telah menerima ijazah daripada Al-Sayyid Muhammad Al-Syarif dan menerima tariqah daripadanya ketika umur beliau 19 tahun, yang telah menerima ijazah daripada bapanya yakni Tuan Shaykh Sayyid 'Abdul 'Aali radhiAllahu 'anhu, yang merupakan putera kepada Al-Imam Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris Al-Fasi radhiAllahu 'anhu, dan Tuan Shaykh Sayyid 'Abdul 'Aali pula telah menerima ijazah daripada Tuan Shaykh Muhammad ibn 'Ali Al-Sanusi radhiAllahu 'anhu, yang telah menerima ijazah daripada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris Al-Fasi radhiAllahu 'anhu. Ketika Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris Al-Fasi radhiAllahu 'anhu meninggal dunia, putera beliau yang bernama Tuan Shaykh Sayyid 'Abdul 'Aali radhiAllahu 'anhu baru sahaja berumur tujuh tahun. Apabila Tuan Shaykh Sayyid 'Abdul 'Aali radhiAllahu 'anhu sudah dewasa, beliau telah berpindah ke Makkah Al-Mukarramah dan berguru dengan tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn 'Ali Al-Sanusi radhiAllahu 'anhu. Apabila Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn 'Ali Al-Sanusi radhiAllahu 'anhu berpindah ke Libya, Tuan Shaykh Sayyid 'Abdul 'Aali radhiAllahu 'anhu telah turut serta dan telah tinggal bersama guru kesayangannya ini sehingga Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn 'Ali Al-Sanusi meninggal dunia di Jaghbub, Libya pada tahun 1276 Hijrah.

Shaykh Soleh al-Jaafari

Tuan Shaykh Soleh Al-Ja'fari bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin Rifai’I radhiAllahu 'anhu yang bersambung keturunannya dengan Saiyidina Ja’far As Sodiq bin Saiyidina Muhammad al Baqir bin Saiyidina Ali Zainal Abidin bin Maulana Husain radhiAllahu 'anhu bin Imam Ali bin Abi Talib radhiAllahu 'anhu, semoga Allah meredai beliau, telah dilahirkan di Dongola di negara Sudan pada tahun 1328 Hijrah (yang bersamaan dengan tahun 1910 Masihi), dan telah meninggal dunia di Mesir pada petang Isnin 18 Jamadil Awal tahun 1399 Hijrah (yang bersamaan dengan tahun 1979 Masihi).

Selepas beliau meninggal dunia, Al-Tariqah Al-Ja'fariyyah Al-Ahmadiyyah Al-Muhammadiyyah telah dipimpin oleh anak beliau yang bernama Tuan Shaykh 'Abdul Ghani.


maqam Shaykh Soleh al-Ja'afari

__________________________________________________________________
Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Anda juga dibenarkan menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, dengan syarat diikuti dengan rujukan kembali kepada alamat lelaman http://www.ahmadiah-idrisiah.com yang boleh ditekan.