Adalah Tuan Shaykh Haji Abdul Rashid bin Muhammad Sa’id Al Linggi , dilahirkan pada tahun 1918 di Kampung Ampangan, Seremban, Negri Sembilan.
Tuan Shaykh berhenti daripada sekolah Melayu dan belajar dengan saudara kandungnya, Syeikh Abdullah selama lebih kurang 3 tahun dalam ilmu Nahu, Saraf, dan Fiqah.
Dan kemudian daripada itu, Tuan Shaykh belajar dengan kekandanya, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan selama lebih kurang 2 tahun, iaitu yang ternama Al Muhaddith Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id .
Shaykh Ahmad yang diijazahkan oleb gurunya dengan nama ‘Al-Alaamah’. Ada pun nama guru kekandanya ialah Al Imam Al ‘Alaamah Al Muhadith al Kahir Shaykh lJmar Hamdan Al Mihrasi Al-Tunisi , Al Muhadith Al Kabir Shaykh Sattar Al Qutubi Al Hindi , juga dengan Sibawi pada masa itu, Al ‘Alaamah Al Kabir Shaykh Ali Al Maliki , Al ‘Alaamah Al Kabir Al Faqih Shaykh Omar Bajunid dan juga dengan Al ‘Alaamah Al Kabir Al Faqih Shaykh Muhammad Said Al-Khalidi Al-Yamani dan belajar dengannya mereka ilmu Nahu, Saraf, Hadith dan Fiqah.
Dan kemudian daripada itu Tuan Shaykh Haji Abdul Rashid tinggal di pondok Kota Bahru (Kelantan) lebih kurang 2 tahun dengan guru, Tuan Shaykh Haji Tahir Benut Payung , dan lain-lain, belajar ilmu Nahu sampai Shudur-uz-Zahab, Saraf, Almirah, Fiqab dan 2 kitab Tauhid as-Sanusi dan al Bajuri Kifayatut Awam, Mantik, Tasawwuf, ‘Arud, Qafi dan lain-lain ilmu lagi.
Kemudian belayar ke Mekah Al Mukarramah pada tahun 1936. dan belajar dengan beberapa guru di dalam Masjidil Haram. Setengah daripada guru-gurunya ialah Al Alim Al Fadhil Mudarris Madrasatul Falah Shaykh Khalil ‘Uthàibiyah , murid bagi Shaykh Umar Hamdan Al Mihrasi dan belajar ilmu-ilmu Nahu, Mustalah Hadith dan Hadith Matan Al Bukhari. Dan juga berguru dengan Al ‘Alim Al Fadhil Shaykh Asmatullah Al-Bukhari dalam pelajaran ilmu hadith, seperti Muatha’ dan juga ilmu Munazarah dan ilmu Isti’arah. Dan dengan gurunya yang bernama Al ‘Alim Al Fadhil Hussin Palembang , dapat belajar ilmu Tafsir Jalalain dan Qawaid Fiqah.
Dan dari gurunya yang bernama Al ‘Alim Al ‘Alaamah Al Adib An Nahar Shaykh Yasin Al Adib Al Mansuri , murid Al ’Alaamah Al Kabir Shaykh Abdul Majid Al Laban Al Azhar , beliau belajar ilmu Nahu, Saraf, Syarah Jauharul Maknun (Balaghah Bayan Badi’) dan Al ‘Isti’arah dan ilmu Arud, Qawafi, Tarih Nurul Yakin, Tarikh Khulafa dan Tasawuf dan sedikit kitab Bukhari dan Tafsir Jalalain dan Usul Fiqah Jam’ul Jawamik dan Mustalah Hadith hingga ilmu Tajwid. Dan hanyaklah beliau dapat faedah yang penting yang memberi pengajaran pada dirinya dan fikiran yang jelas.
Setengah daripada guru-gurunya juga ialah Al Ustad Mukhtar Al Fathani , dan belajar dengannya ilmu Nahu dan Mantik (seperti Tahzib), ilmu Usul Tafsir, ilmu Mustalah hadith, ilmu Tasyrih, Nahu, Usul Fiqah dan lain-lain.
Beliau kemudian belayar pergi ke Madinah selama 2 bulan setengah, dan kemudian belayar ke negeri Syam (Damsyik) masa Jepun memerintah Tanah Melayu dan belajar dengan seorang guru yang bernama Shaykh Abdul Kadir Asy Syamut , membaca At Tahrir, dan Mahalli, dan kemudian belajar dengan guru yang ‘alim iaitu Al ‘Alim Al Alaamah Mudarrith Bikul-Liyatish Jamiyah , Shaykh Abdul Karim Ar-Rifa’i , belajar dengannya ilmu Fiqah, Usul Fiqah, seperti Lubbul Usul, Nihayatul Sul, Al Lumak, Mahalli, ilmu Wadha’, ilmu Hikmah, ilmu Ma’kulat, Fiqah dan ilmu Mantik.
Dan setengah dari guru-gurunya ialah Al ‘Alim Al ‘Alaamah Mudarrith Bikul Liyatish Syariah di Damsyik, Shaykh Abdul Kadir Asy Syamut yang adalah beliau mengajar empat mazhab di kuliah dan beliau mengaji dengannya lebih kurang 7 tahun, belajar ilmu Nahu, Saraf, Fiqah At Tahrir, Mahalli dan Usul Fiqah Nihayatul Sul, Balaghab Jauhal Maknun dan Talkhis, Mantik Al Baijuri, Tarikh dan Adab. Banyaklah dapat dipelajari daripada Adab seperti Al Hamasi dan lain kesemuanya disebutkan cara ringkas sahaja.
Tuan Shaykh Abdul Rashid bin Muhammad Said Al-Linggi merupakan adik kepada Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa'id . Setelah kepergian abangnya beliau dilantik untuk menjadi pemimpinTariqah Ahmadiah. Jasa beliau dalam menyebarkan lagi ajaran Tariqah Ahmadiah sentiasa dikenang khususnya bagi ikhwan-ikhwan di Singapura.
(Petikan daripada Manaqib Al-Ustaz Sayyid Abdul Rahman Bin Ahmad Alkaff – 1998, m.s. 10)
Dari tahun 1950, Ustaz Syed Abdul Rahman bergurukan Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid Ad-Dimashqi .
Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid memang mempunyai ilmu yang luas. Di antara kelebihannya :-
Hafaz Al-Quran
Alim di dalam ilmu Bahasa Arab
Alim di dalam ilmu Nahu, Saraf, Balaghah, Mantiq
Alim di dalam ilmu Fiqeh
Alim di dalam ilmu Tafsir
Alim di dalam ilmu Hadith
Alim di dalam ilmu kitab-kitab As-Sittah
Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid mengajar di rumahnya, antara muridnya :
Al-Ustaz Syed Abdul Rahman Alkaff
Al-Ustaz Hj Osman bin Yusuf
Al-Ustaz Hussein Makhdum
Al-Ustaz Kiyai Kasmin
Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid telah mengajar kitab-kitab (antaranya) :
Bujairimi ‘ala al-Khatib
Sabulus Salam
Usul al-Fiqh
Al-Luma’ fi Usul al-Fiqh
Kitab Usul al-Hadith
Kitab al-Mantiq
Kitab Mustholaha al-Hadith
Nota: Adapun Abdul Kadir Asy Syamut dan Al ‘Alaamah Shaykh Abdul Karim Ar Rifa’i, kedua-duanya ni murid bagi Al ’Alaamah Al Kabir Al Muhadith Asy Syahin Muhadith Addunya Wal Islam Shaykh Badruddin Ad Damiski Al Hussaini ra.
__________________________________________________________________ Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Anda juga dibenarkan menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, dengan syarat diikuti dengan rujukan kembali kepada alamat lelaman http://www.ahmadiah-idrisiah.com yang boleh ditekan.